Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, May 9, 2011

A journey to inspire people!”

Dari sudut motivasi | Seorang yang pandai bercakap ialah seorang yang apabila kita bercakap dengannya, kita akan rasa yang kita ini sangat hebat dan bijak, sebaliknya orang yang tidak pandai bercakap ialah orang yang selalu menyatakan yang dirinya hebat sehingga kita terasa kita ini sangat jahil.


ia hadir ketika kita resah gelisah..ia hilang ketika kita riang gembira..kita yang melupakannya 
atau dia yang melupakan kita....ingat lah Allah tidak pernah sekali pun melupakan kita...janganlah kita lalai dalam kealpaan yang kita ciptakn sendiri


Nabi diutuskan untuk menyampaikan akhlak yang baik dan terpuji. Jika kita tidak berusaha ke arah itu, kita seolah-olah telah mengkhianati baginda tersayang. Bersama-samalah kita membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.


Suami yang sabar dengan karenah isteri dinanti-nanti oleh bidadari di syurga. Isteri yang sabar dengan karenah suami dijanjikan pahala mati syahid.
Lebih sejuk mata lelaki memandang wanita bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna meskipun mereka kurang bermakeup, berbanding wanita yang mengenakan pakaian cantik sehingga kecantikannya terlampau terserlah. Usahlah membangkitkan nafsu lelaki, cukuplah penampilan sekadar sejuk mata memandang.


Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit. Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga. Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.


Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.” – Imam An-Nawawi


Kita sama-sama berusaha, kita sama-sama berjuang. Masa demi masa telah berlalu. Ramai kenalan yang rapat mahu pun yang jauh telah berjaya. Namun kita masih berada di takuk lama. Apa pun yang berlalu, kita tidak pernah gagal, melainkan kita berputus asa. Jangan menyerah kalah, sabahat!


Salah satu tanda dosa tidak diampunkan oleh Allah ialah apabila kita fikirkan tentang dosa, tiada setitis air mata pun mengalir sebagai tanda keinsafan


Tiada apa yang akan berubah selagi kita hanya melakukan perkara yang sama. Mari lakukan perubahan demi kemajuan diri sendiri!




0 comments:

Post a Comment